RINDU


15/09/2016 re-edit from draft.
2008
Masa ni aku darjah 5 tengah cuti sekolah sedap tidur dekat rumah. Keluar ja bilik tengok maksu menangis dengan kakak. Ni apebenda pulak ni tanyakan dekat kakak kenapa, tetiba dengar maksu tengah cakap telefon call sedara mara suruh balik. Aku duduk tertanya kenapa semua ni. Bila kakak cakap pakcik dah meninggal, hati ni macam kena cabut. 

Duduk kaku dekat luar tengok orang cacak khemah. Dalam hati sayu je cakap sempat ka aku dengan semua jumpa arwah. Dia dengan keluarga ada dekat Sabah sebab bertugas dekat sana. Aku dengan yang lain selalu kena tunggu apa yang makcik nak update pasal arwah, boleh bawak balik ke tak. Kena post mortem ke tak. Semua tu ambik masa lama. Doa dalam hati jangan lah kena kebumi dekat sana. 2 tahun dah tak jumpa arwah, bagi lah peluang kali ni ja..

Masih lagi tak percaya yang aku tengah bacakan yassin untuk arwah. Sumpah tak percaya yang aku dah hilang pakcik cepat macam tu sekali. Hari makin gelap, hati makin gelisah tunggu jenazah sampai. Dijangka sampai tengah malam.. Aku terlelap dengan airmata je tunggu. Tersedu tu sebab terlalu sabar tunggu, sampai rasa nak marah marah kenapa lambat sangat. Flight delay, dari KL lagi semua tu ambik masa!

PUKUL 2pagi.
Van jenazah sampai dari KL. Arwah diiringi truck TLDM dan satu jeep warna hitam. Dapat peluk anak sulung dia waktu tu memang sayu, sunyi sepi rumah tengah pagi. Alhamdulillah, aku rasa seronok ada lagi ramai orang yang datang even tengah pagi untuk tengok arwah buat kali terakhir. Satu penyiksaan bagi aku bila tengok anak anak buah dia bukak keranda. Allahu tu satu perasaan yang aku boleh ingat sampai sekarang. Ahli keluarga ja yang dapat ada dekat ruang tamu, arwah sangat tenang walaupun muka dia dah lebam sebab terlalu lama disimpan. One of the most kenangan aku tak dapat lupa, arwah seolah senyum. Cuma ralatnya tak dapat nak cium buat kali terakhir.

4pagi.
Arwah dikebumikan dan ditalkin. Suasana sayu dipagi yang sangat sunyi di kubur waktu itu buat aku terfikir, Allah sayangkan orang yang baik. Allah akan ambil insan yang Dia sayang. Bila one of the officer serahkan bendera pada makcik. Itu sumpah, aku rasa itu satu penghormatan yang sangat berharga. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak terkata!
Dari yang aku tahu, arwah meninggal masa berlayar.

Nurul ingat bila pakcik bawak pergi sungai, pakcik akan ubah semua batu batu kecil dekat sungai jadikan kolam, sebab pakcik nak berenang senang. Nurul ingat, pakcik campak je Zaid dekat tempat dalam sebab nak ajar dia berenang, dah nampak dia terkapai baru pakcik datang ambil. Pakcik tak pernah lupa datang kubur arwah tok tokwan kalau balik Taiping, sampai masa pakcik pergi pun rezeki pakcik untuk dikebumikan antara kubur tok dan tokwan.. Bawak jalan laut belakang flat base. Nurul suka tengok pakcik, pakcik segak orangnya, rambut pakcik selalu jadi satu benda favorite nurul nak tengok.

Wahai bakal lelaki, siapa pun awak yang mempunyai kerjaya seperti ini. Ini lah sebabnya saya tak suka bercakap tentang mati ketika awak berlayar. Ini lah salah satu sebabnya saya minat pada seorang tentera. Kenapa? Sebab saya rasa orang macam ni buatkan perempuan jadi tak manja dan berdiri atas kaki sendiri. Macam mana mereka ini kena train, macam tu saya jugak akan rasa walaupun sikit. mental seorang perempuan biasa yang berkawan dengan seorang tentera kena lagi kuat. Yaaa, kehilangan pakcik satu kehilangan yang susah nak dilupakan. Sama jugak macam awak. Baiknya arwah, layanan arwah, tegasnya arwah sama macam awak. Cuma saya taktahu awak untuk saya atau tidak.

We love you pakcik.
Julai 1975 - Disember 2008
Al-fatihah Affendi bin Che Mat.







Popular Posts