PLKN - SWIMMING TIME / IKHTIAR HIDUP


Sambung lah baca tau, hm.. Swimming tempat kami pergi tu dekat Arena Square Batu Gajah, dalam sejam lebih dah sampai, majoriti kami yang naik bus semuanya menjerit jerit bila masuk highway, sebab tak semua yang bertuah dapat tengok highway ni, kah! Wira dapat tengok pemergian kami je, HAHAHA, engkorang boleh tibai tido dulu before sampai. Masa kami pergi tu wira ada aktiviti dekat kem, so kami pergi dulu, lepas sampai, pakai baju bebas tapi jangan pakai putih je anak anak, jurulatih lelaki pun ada sekali, better hitam..

 Masa aku pergi kami masuk je tempat macam best jugak lah, ikut feet jugak kolam tu sampai 12 kaki jugak, warming up dengan Jurulatih dulu lepastu semua masuk kolam sorang sorang pegang tepi tepi kolam tu takboleh lepas, lepastu belajar basic naik turun kolam, lepastu kena pakai life jacket, haaa itu kena pakai sebab korang dibahagikan dalam 10 orang tak salah setiap kumpulan, setiap group tu ada lah jurulatih akan ajar terapungkan badan semua, buat renang formasi best, serius hilang semua perasaan takut semua.. Memang best

Lepas habis semua tu, masa kami, jurulatih suruh berenang sorang sorang dari hujung kolam ke hujung kolam sana, dont worry life jacket still korang akan pakai, waktu tu aksi aksi comel pelatih terserlah, yang pandai berenang takde masalah, penting jugak berenang ni, lepastu macam macam lah ajar, yang dah rasa pengalaman korang ingat lah detik detik korang semua ya.. Habis semua tukar baju semua, keluar kem dapat nasi sorg satu bungkus, lepas mandi kot, semua memang ya Tuhan makan tak bercakap, ahahhaha, balik kem, kem macam sunyi sepi je, sehelai pun tadak, sampai kem dalam pukul 3 lebih, ada yang balik tidur semua, ye lah penat k...

Keesokkannya giliran wirawati pulak tengok pemergian wira, HAHA kami dekat kem buat aktiviti ikhtiar hidup dengan perkhemahan, ini best macam macam kau belajar, masak nasi dalam kotak air, cakap pasal perkhemahan, aku ingat pakai khemah yang pasang tu je, nyahhhhhh ko kene pakai kayu pasang sendiri tu.. Otak bandar sangat, terlupa nama pun ikhtiar hidup, pardon me.. Habis belajar semua jurulatih cakap wirawati boleh stand down, tido lah weyh, apa lagi nak buat, sebelum tu tengah hari makan nasi ayam siaa! Aku punya jakun berkali kali tanya NASI AYAM KE NASI AYAM KE, JL Shamsul pun gelak sebab macam tak pernah jumpa NASI AYAM
.
.
.
.
SAMBUNGAN DI PLKN - MENEMBAK

Popular Posts