PLKN - Kawad Kaki & Riadah
Sambung lagi boleh kan? Tak penat baca kan? Kawad kaki one of my favourite aktiviti masa dekat kem, bagi yang dekat sekolah aktif kawad kaki mana mana persatuan memang tak ada masalah kot, yang sampai negeri kebangsaan macam cool je kot, tapi yang takde pengalaman kawad kaki dont worry, dekat kem Jurulatih ajar basic kawad, tak teruk pun, sejam setengah je, hari jumaat, boleh kira berapa kali je kawad masa dekat kem, panas tu biase lah, panas dunia, cuma kau akan rasa penat kalau ade rehearsal yang perlukan kau berdiri lama, itu fed up sikit lah.. Tapi bagi aku kawad best..
Okayy pasal riadah, setiap petang waktu kerja korang akan hadap riadah pukul 1700/1730, lepas solat asar lah.. Wira dan wirawati takkan riadah sekali selalunya, dekat kem aku ada bukit sikit so yang riadah dekat atas akan main basketball, bola tampar ke ape ke boleh lah bola semua ada dekat atas. Kalau dekat bawah area kem kau boleh jogging, dekat tempat padang kawad boleh main ayam musang ka, nak work out ke suka hati kau asalkan jaga keselamatan, bila wira naik atas, wirawati akan dekat bawah dan begitu lah seterusnya dan sebaliknya, kalau hujan eh? Kalau hujan boleh teriak gembira sebab kau akan duduk dalam dorm siapkan diri sebelum nak pergi makan malam dan solat maghrib, selalunya situ makan masa untuk orang yang especially lembab nak bersiap, habis riadah pukul 1830 dan nak makan lagi bla bla, 1905 nak berbaris lagi, kekadang tak sempat tau, jadi kau pilih nak mandi ke makan, nak makan boleh, kejar sikit lah masa, but everything was okay..
.
.
.
.
SAMBUNG DI PLKN - SWIMMING TIME / IKHTIAR HIDUP