18th BESTFRIEND


Assalamualaikum, harini buat perangai jahat sikit, sebab dapat nangis kan orang, dapat gembirakan orang semua lah, semalam birthday kawan baik, si Mairaa ni so dah alang alang nak buat reunion kononnya tak jadi tu dah bertukor jadi suprise birthday party, plan aku simple gila, tak macam orang lain nak buat suprise dekat ballroom hotel, balloon taja sana sini, makan sedap sedap, cake 7tingkat, k panaaa jangan lebih lebih, okayy aku buat dekat lake garden, tempat dating dulu pulak tu, megusik jiwa siaaa, k. Pasal suprise party ni, aku berjaya simpan rahsia hingga ke penghujungnya dengan bf dia, berpakat dekat seminggu jugak, dengan budak kelas jugak, aku dah lama niat nak buat suprise dekat dia macam ni, tapi biasalah suka tak jadi.. HM

Lagi 2hari party nak buat, aku pergi beli barang, cari apaa sesuai untuk party, buat group untuk budak budak kelas yang mana jadi pergi, wow im too excited weyhh sampai macam tu sekali haa nak kan semuanya jadi dan berjaya nya.. Hari jumaat keluar dengan Naty cari hadiah, cuci gambar, baking soda dengan belon sebab nak buat experiment helium gas belon, nauzubillah rasa nak carut experiment aku tak jadi siaaaaaaa, dengan hampanya kena tiup harini, honestly aku tak suka tiup dan ikat belon, tah seriau, even masa keluar dengan Naty hujan berbasah basahan its okayy, untuk kawan baik aku, apa sahaja aku buatkan..

Pagi ni aku bangun je, aku rasa sejuk semacam, rupanya hujan lebat tau Taiping ni, aku dengan yakin kata okayy petang takkan hujan sebab dah hujan lebat pagi, dan Alhamdulillah, petang masa aku pergi setitik hujan pun tak turun, aku datang awal sebab nak siapkan tempat, masa pergi dengan Maa, kayy semua dah check ade, kek ape semua tak tinggal, sampai traffic lighr sri kota sebab nk u-turn amik Keyra, aku baru teringat, lupa nak pakai cincin kesayangan dengan air doe !! Maaaa muka pasrah je patah balik, lepastu amik Keyra terus pergi tempat tu, coincident jumpa Celop jugak, tak habis call tanya dekat mana, then sampai tempat tu Jas dah mula sampai, Naty, Dayah, Okka dengan Mai serentak lepastu Mil dengan Mad, hah then sekarang cuma tunggu birthday girl je.. Semua dah standby, aku dengan Keyra pi jumpa afq dekat parking, masa tu si Mairaa dah tutup mata, ya Allah sumpah kelakar, dia punya tahap jujur dia tutup mata guna tangan jaaa.. HAHAHA, k.. Aku pegang kek dan nyanyi lepas dia bukak mata, what a suprise! Muka bangang dia terserlah gila, terpinga kot lepastu menangis, k itu reaction yang sangat buat aku puas hati, maknanya plan aku fully berjaya dengan jayanya.. Dia pun potong lah kek semua dan semua makan sampai kenyang.. 

Tengok gambar jom !

Preparation yang simple nak matey
Interframe lepas semua benda siap~

 Muka tak puas hati tengah baca balik chat aku dengan Afq, Semuanyaa ada dalam tu dari mula sampai lah harini..
 I cant hande myself seriusly, dengan pakai skirt, sneakers, baju kemeja yang kena sabotaj masa nak keluar dengan bf, tudung favourite. Yayy this is real me.




 Ni memang tak kelakar dengan pakai skirt kot weyh, aku main lompat lompat, dah cakap tak dapat kawal perasaan, faham tak..

 Entah lah, tangkap gambar mesti bertiga dengan urutan macam ni, dari zaman sekolah..

 Hiburan buat aku senyum all the time dalam kelas..

 Selalu sangat peluk dia, taktahu lah masalah aku apa..



 Diani aku insecure sebab cantik lepastu tinggi, nyampah.




 Azmil muka nak taknak je puas hati dengan aku, ape dia nak. hahahha
 Long time no see my dearest Mak dalam kelas, thats why~


 Best potraite i love



 Ajak buat macam ni dan taktahu apa dia nak dari aku.


 INSECURE, DAH KBYE



 Afq, finally weyh, semuanya jadi



thankyou maaa hantarkan kita..
Mairaa, Selamat Hari Jadi yang ke-18 kawan baik, semoga hang panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah, semoga berjaya dengan cita cita yang hang impikan selama ni, maaf plan ni terlalu simple dan aku mintak maaf sekiranya ada kekurangan masa suprise party hang ni, ini yang hang nak kan? Yeahh, aku sudah tunaikan dengan jayanya, simpan lah memori ni sampai lah hang tak anggap aku kawan hang dah, eh setan jangan lupa aku, sjea jea.. hahahhaa.. K semoga kekal dengan tersayang, cemburu harem hang tadi, mentang aku punya jauh, k k.. Iloveyou Mairaa

Popular Posts